
Unit Pengurusan Keselamatan (UPK)
PENGENALAN
Unit Pengurusan Keselamatan (UPK) adalah salah satu unit di bawah Sokongan Akademik di Politeknik METrO Tasek Gelugor. Unit ini bergerak seiring dengan Jawatankuasa Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) Politeknik METrO Tasek Gelugor yang bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, menyelaras segala aktiviti berkaitan keselamatan dan menyediakan persekitaran kerja yang selamat di institusi.
FUNGSI
- Melaksanakan Pengurusan Keselamatan Perlindungan (bangunan, fasiliti dan aset).
- Mengawalselia JKKP (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
- Menyelaras Bilik Gerakan Kecemasan dan CCM
- Menyediakan kempen dan aktiviti keselamatan
- Keselamatan ICT (data) dan Dokumen
- Mengurus keselamatan kebakaran
- Merancang dan melaksanakan aktiviti keselamatan