
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UICT)
PENGENALAN
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (UICT) adalah unit dimana ia bertanggungjawab dalam pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang melibatkan pengurusan sistem rangkaian, penyelenggaraan dan perolehan aset ICT, pelaksanaan dan pemantauan projek-projek ICT bantuan teknikal, latihan dan keselamatan ICT agar tahap penggunaan alat teknologi maklumat dapat dicapai secara optimum.
Bagi tujuan pembangunan staf, UICT memainkan peranan untuk memberi khidmat sokongan kepada kakitangan bukan akademik dan akademik bagi menghasilkan pekerja yang mampu melaksanakan tugas melibatkan penggunaan teknologi maklumat dengan lebih berkesan. Matlamat utama UICT adalah untuk memaksimakan penggunaan teknologi dan rangkaian serta perkhidmatan ICT di PMTG.
FUNGSI
- Mengurus dan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan komputer dan perkakasan serta sistem aplikasi di PMTG.
- Merancang dan melaksanakan perolehan alat ganti, aset dan fasiliti ICT.
- Membangun, mentadbir serta mengemaskini laman web rasmi PMTG.
- Menguruskan perkhidmatan rangkaian komunikasi kampus.
- Menyediakan perkhidmatan teknologi ICT yang kos efektif dan meningkatkan penggunaan ICT dikalangan warga PMTG.