PROSES DOKUMEN TAMAT PENGAJIAN
Terdapat 3 proses bagi mendapatkan dokumen tamat pengajian di politeknik bagi pelajar semester akhir yang telah lulus semua kursus yang diambil.
Proses 1 : Surat Pengesahan
Surat pengesahan tamat pengajian boleh diperoleh di Unit Peperiksaan PMTG.
Proses 2 : Transkrip
Mendapatkan transkrip di Unit Peperiksaan PMTG selepas tiga (3) bulan Keputusan Peperiksaan Rasmi diumumkan.
Proses 3 : Skrol (Sijil Graduan)
Pelajar boleh mendapatkan skrol selepas selesai majlis Konvokesyen Politeknik dengan 2 kaedah:
- Menuntut skrol di kaunter Unit Peperiksaan PMTG dengan membawa resit bayaran sijil (Salinan Asal).
- Pengeposan. Urusan pengeposan Sijil Graduan hanya dilakukan selepas urusan Konvokesyen Politeknik selesai dilaksanakan. Graduan yang tidak menghadiri majlis konvokesyen juga boleh mendapatkan sijil secara pos dengan memohon kepada:
Unit Peperiksaan
Politeknik METrO Tasek Gelugor
No 25, Jalan Komersial 2
13300 Tasek Gelugor
Pulau Pinang.
Tel no :04-573 2789
KAEDAH PENGEPOSAN
Pelajar yang tidak dapat hadir ke Unit Peperiksaan untuk sebarang urusan berkaitan pengambilan Surat Pengesahan/ Sijil/ Transkrip Akademik (asal atau gantian) boleh membuat permohonan pengeposan.
Permohonan perlu disertakan bersama dengan:
- Lengkapkan maklumat dalam google form: https://forms.gle/YPU36zzCrfkXcmFs8
- Surat Permohonan Secara Pos.
- Resit bayaran Majlis Konvokesyen ( asal ).
Sila rujuk: Carta Alir Kaedah Pengeposan dalam pautan Google Form yang di sediakan
SURAT PERMOHONAN WAKIL
Pelajar boleh memohon bagi wakil mengambil dokumen dengan memohon kepada Unit Peperiksaan PMTG. Berikut merupakan template permohonan:
PERMOHONAN SIJIL/ TRANSKRIP AKADEMIK GANTIAN
Lulusan yang kehilangan sijil/ transkrip akademik dan ingin memohon sijil/ transkrip akademik gantian boleh membuat permohonan dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
- Salinan laporan polis berkenaan kehilangan atau kerosakan sijil/ transkrip akademik.
- Borang permohonan sijil/ transkrip akademik gantian.
- Dokumen sokongan (mengikut jenis permohonan)
- Bayaran (mengikut jenis permohonan)
DOKUMEN SOKONGAN
- Permohonan SIJIL GANTIAN perlu disertakan bersama dengan:
- Salinan MyKad pemohon.
- Salinan Transkrip Akademik pemohon.
- Salinan Sijil pemohon (sekiranya ada).
- Permohonan TRANSKRIP AKADEMIK GANTIAN perlu disertakan bersama dengan:
- Salinan MyKad pemohon.
- Salinan keputusan peperiksaan pemohon (sekiranya ada).
BAYARAN
Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang/ Draf Bank atas nama PENGARAH POLITEKNIK METrO TASEK GELUGOR. Jumlah bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:
Sijil Bahasa Malaysia | : | RM50 |
Sijil Bahasa Inggeris | : | RM50 |
Transkrip Akademik (Diploma) | : | RM10 |
Transkrip Akademik (Sarjana Muda) | : | RM25 |
PENGHANTARAN PERMOHONAN DAN PEMPROSESAN
Permohonan yang telah lengkap dengan semua dokumen sokongan hendaklah dihantar ke Unit Peperiksaan POLITEKNIK METrO TASEK GELUGOR untuk diproses. Permohonan akan diproses dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari berkerja dari tarikh permohonan diterima.
Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan di Unit Peperiksaan PMTG.
Transkrip Sementara (Provisional Transcript)
(Untuk lulusan (pelajar) yang telah mendapat status TAMAT PENGAJIAN tetapi belum berkonvokesyen)
- Lulusan (pelajar) boleh mencetak sendiri Transkrip Sementara (Provisonal Transcript).
- Sila rujuk tatacara mencetak Transkrip Sementara (Provisional Transcript) Tatacara Cetak Transkrip Sementara
- Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Peperiksaan, Politeknik METrO Tasek Gelugor di talian 04-573 2789.
Tatacara Cetak Surat Perakuan Tamat Pengajian
(Untuk lulusan (pelajar) yang telah mendapat status TAMAT PENGAJIAN tetapi belum berkonvokesyen)
Sila rujuk tatacara mencetak Tatacara Cetak Surat Perakuan Tamat Pengajian
Tatacara Permohonan Pindahan Kredit oleh Lulusan Politeknik
Tatacara Permohonan Rayuan Keputusan Pelajar