
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi)
PENGENALAN
Pengenalan:
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) merupakan unit sokongan di bawah Ketua Jabatan Sokongan Akademik, Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG). UPPsi berperanan membantu ke arah perkembangan warga Politeknik (pelajar dan kakitangan) yang sejahtera emosi, pemikiran, fizikal, spiritual dan sosial agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik.
Visi:
Menyediakan perkhidmatan Psikologi, Bimbingan dan Kaunseling yang berlandaskan prinsip-prinsip psikologi untuk klien yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan Politeknik METrO Tasek Gelugor.
Misi:
Berusaha untuk memberikan perkhidmatan Psikologi, Bimbingan dan Kaunseling yang profesional bagi meningkatkan psikologi klien melalui program Pengembangan, Pencegahan dan Pemulihan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Bimbingan dan Kaunseling Individu
- Bimbingan dan Kaunseling Kelompok
- Konsultasi
- Pengujian dan penaksiran Ujian Psikologi
- Ceramah / Bengkel / Seminar / Team Building berkaitan Psikologi, Kaunseling
- Menyalurkan maklumat & peluang melanjutkan pengajian.
- Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP)
- AKRAB Perkhidmatan Awam
PERANAN UNIT PENGURUSAN PSIKOLOGI
- Melaksanakan Program Pembangunan Modal Insan berdasarkan pendekatan psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi;
- Memberi khidmat nasihat rundingan berkaitan perkhidmatan psikologi;
- Mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi;
- Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, pembangunan kerjaya, khidmat perundingan dan intervensi krisis;
- Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling;
- Membekalkan maklumat tentang peluang-peluang melanjutkan pelajaran.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar
HUBUNGI KAMI
INGIN BERJUMPA KAUNSELOR ANDA?
- Walk-In : Datang seorang (Individu) ATAU dengan rakan anda (Berkelompok)
- Temujanji : Muat turun Borang Temujanji Individu ATAU Borang Temujanji Berkelompok , isi dan serahkan ke Unit Pengurusan Psikilogi untuk dapatkan tarikh temujanji ATAU melalui email & panggilan telefon seperti berikut :
WAKTU OPERASI :
Isnin – Khamis
8:00 pagi – 1:00 petang
2:00 petang – 5:00 petang
*Sesi bimbingan akan dilaksanakan mengikut hari & masa temujanji yang ditetapkan
PEMBIMBING RAKAN SISWA
PENGENALAN : Carta organisasi PRSP
Pembimbing Rakan Siswa (PRSP) merupakan sebuah kelab di bawah Unit Pengurusan Psikologi. Ahli PRSP adalah merupakan agen perubahan dalam kalangan pelajar. Fungsi dan peranan yang dimainkan oleh PRSP boleh membantu melahirkan pelajar yang mempunyai minda yang cergas, fizikal yang sihat dan akademik cemerlang.
Selain itu, ia membantu melahirkan pelajar yang berkerampilan, bertanggung jawab, berinterasi baik melalui latihan yang diberikan. Penglibatan dalam PRSP juga ia merupakan kaedah pembelajaran secara langsung dan tidak langsung.
MATLAMAT
1. Sebagai agen ke arah perubahan positif pembimbing dalam kalangan pelajar
2. Membentuk kelompok pelajar yang tanggungjawab dan melaksanakann tugasan dengan professional, kreatif, inovatif dan effektif
3. Menolong pihak institusi mengurangkan masalah salah laku disiplin dikalangan pelajar.
LOGO PRSP
MOTO PRSP
” BINA DIRI BANTU RAKAN”
KELEBIHAN PRSP
1. Menguasai kemahiran membimbing rakan menggunakan pendekatan Psikologi & Kaunseling
2. Mampu menguruskan program atau majlis
3. Mempunyai ruang mempelajari modul-modul / aktiviti
4. Mempunyai kemahiran “softskill’ yang tinggi
5. Mampu membuat pengucapan awam dan sebagainya.
PENYERTAAN
Terbuka kepada semua pelajar
Scan QR Code untuk mendaftar sebagai Ahli PRSP
prs_pmtg
Pembimbing Rakan Siswa PMTG
PMTG Mental Health Wellness Test
Di Politeknik METrO Tasek Gelugor, projek ini akan dikenali sebagai PMTG Mental Wellness yang khusus dibuat untuk Unit Pengurusan Psikologi PMTG. Ini akan memudahkan Pengurusan Psikologi untuk memeriksa status kesihatan mental pelajar mereka melalui sistem berasaskan web. Pelajar dapat melihat aktiviti Pembimbing Rakan Pasukan Siswa (PRS) PMTG, janji temu dengan pensyarah dan ujian jawapan atau Kuiz berkaitan isu kesihatan mental untuk memeriksa status mereka. Tujuan utama membina projek ini adalah supaya kita dapat mengelakkan pelajar daripada membuat keputusan yang salah pada masa akan datang. Beberapa modul penting boleh ditemui, termasuk log masuk modul, modul pendaftaran, visi, dan misi Pengurusan Psikologi PMTG dan penyimpanan data untuk tempahan janji temu pelajar. Laporan ini termasuk pengenalan, kajian literatur, metodologi, analisis dan reka bentuk dan projek pembangunan projek.