Unit Perpustakaan (UPus)

PENGENALAN

Perpustakaan Politeknik METrO Tasek Gelugor boleh memuatkan kira-kira 65 orang pengguna pada satu-satu masa.

KAEDAH PENCARIAN BAHAN RUJUKAN

  • Pencarian secara online melalui sistem KOHA menggunakan Databased OPAC Perpustakaan Politeknik METrO Tasek Gelugor iaitu dengan melayari laman web http://lib.pmtg.edu.my/
  • Pencarian bahan rujukan menggunakan kaedah nombor rujukan dan pengkelasan DDC (Dewey Decimal Classification)

Pangkalan Data Secara Atas Talian

Perpustakaan PMTG sebagai ahli berdaftar Konsortium Perpustakaan Negara Malaysia telah memberi kemudahan kepada warga PMTG  untuk mengakses pangkalan pnmdigital secara atas talian di dalam dan luar negara. Langganan e-book dan emerald secara percuma disediakan oleh JPKKK untuk diakses oleh semua warga PMTG.

Sistem Pembekal Penerbitan

Sistem Pembekal Penerbitan (SPP) merupakan perkhidmatan antara perpustakaan yang disediakan kepada pengguna bagi mendapatkan bahan rujukan dari perpustakaan lain sekiranya bahan tersebut tidak ada di Perpustakaan PMTG.

Program Galakan Membaca

Program Galakan Membaca anjuran Unit Perpustakaan diadakan 2 kali setahun. Program ini bertujuan menggalakkan para pelajar untuk mengamalkan tabiat membaca dalam kehidupan harian selaras dengan saranan kerajaan bagi merealisasikan kempen Dekad Membaca Kebangsaan.

KOLEKSI

  • Koleksi Rak Terbuka
  • Koleksi Terbitan Bersiri
  • Koleksi ebook

KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN PMTG

Kaunter Sirkulasi

Kaunter Sirkulasi yang terdapat di Perpustakaan memudahkan pengguna membuat urusan peminjaman dan pemulangan bahan serta mengemukakan sebarang pertanyaan dan rujukan  mengenai perkhidmatan Perpustakaan kepada petugas kaunter.

Ruang Bacaan

Ruang Bacaan membolehkan pengguna menelaah di ruang bacaan secara berkumpulan di meja dan kerusi yang disediakan. Sebanyak 23 buah meja disediakan

Bilik Diskusi

Bilik Diskusi disediakan untuk pengguna yang ingin melaksanakan perbincangan berkumpulan, perjumpaan bersama pelajar, seminar dan sebagainya. Bilik Diskusi boleh memuatkan seramai 10 orang pengguna pada satu-satu masa. Terdapat sebuah whiteboard, dua buah meja dan sepuluh buah kerusi disediakan. Penggunaan Bilik Diskusi hendaklah di tempah dengan menggunakan borang tempahan di kaunter perpustakaan. Pengguna bertanggungjawab di atas kebersihan dan keselamatan semasa menggunakan Bilik Diskusi.

Ruang Multimedia

Ruang Multimedia yang terletak berhampiran Koleksi Terbitan  Bersiri menyediakan Enam (6) buah komputer dilengkapi dengan sambungan internet memudahkan pengguna membuat kerja-kerja menaip, mencetak, melakukan tugasan dan mengakses internet dalam tempoh waktu operasi Perpustakaan.

Bilik Redspot

Bilik Redspot menempatkan koleksi bahan rujukan seperti buku, CD, DVD, soalan peperiksaan, dan projek akhir pelajar. Kesemua koleksi rujukan ini  tidak boleh dipinjam dan hanya boleh dirujuk di dalam Perpustakaan sahaja.

Ruang Simpanan Beg

Ruang Simpanan Beg disediakan bersebelahan pintu utama di dalam Perpustakaan bagi menyediakan kemudahan pengguna meletakkan beg, buku dan barang peribadi yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Terdapat lima buah rak simpanan beg disediakan.

Ubah Saiz Text
Contrast