
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)
PENGENALAN
Latihan Industri merupakan sebahagian dari syarat kurikulum politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia yang mesti di penuhi oleh semua pelajar sebelum mereka dianugerahkan sijil atau diploma. Pelajar dari kursus Diploma Teknologi Maklumat di PMTG akan menjalani latihan industri pada semester 6 dan pelajar Program Diploma Pengajian
Video dan Filem akan menjalani latihan Work Based Learning (WBL) pada semester 4 dan semester 5.
FUNGSI
Memastikan hubungan dua hala di antara syarikat / firma yang menawarkan tempat latihan industri kepada pelajar dengan pihak PMTG sentiasa baik dan berterusan.
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN
1. Menyediakan data pelajar latihan industri
2. Menyediakan dokumen Latihan Industri
3. Menyelaras Taklimat Pengenalan Latihan Industri
4. Menyelaras Taklimat Persediaan Latihan Industri
5. Menguruskan permohonan tempat Latihan Industri
6. Menguruskan proses penempatan pelajar LI
7. Menyelaras lawatan penyeliaan LI pelajar
8. Menguruskan pembentangan dan pengesahan keputusan penilaian LI
9. Memproses markah LI mengikut penggredan keputusan LI