PENGENALAN

Unit Pengantarabangsaan PMTG ditubuhkan bagi memenuhi Teras 8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu keunggulan global dengan peningkatan penglibatan staf akademik dalam aktiviti peringkat antarabangsa.  Unit ini menjalankan fungsi berdasarkan kepada Dasar Pengantarabangsaan Politeknik Malaysia berkuatkuasa pada 15 Mei 2014.  Dasar Pengantarabangsaan Politeknik Malaysia menggariskan beberapa strategi perlaksanaan dan digunapakai oleh pegawai, pensyarah dan politeknik bagi mewujudkan keseragaman dalam pengendalian segala urusan yang berkaitan aktiviti dan program antarabangsa yang dijalankan oleh jabatan dan institusi.

FUNGSI

  • Mengurus, merancang, menyelaras perkara-perkara berkaitan dengan aktiviti pengangtarabangsaan yang melibatkan staf dan pelajar.
  • Merancang peluang kerjasama antara PMTG dan institusi luar negara.  
  • Membantu menyelaras penyertaan pengantarabangsaan pensyarah dan pelajar PMTG. 
  • Menyelaras kunjungan hormat / lawatan delegasi luar negara ke PMTG. 
  • Mengurus dan menyebarkan maklumat mengenai aktiviti antarabangsa dari masa ke semasa. 
  • Memenuhi KPI pengantarabangsaan PMTG. 
  • Memastikan sebarang aktiviti pengantarabangsaan dilaksanakan mengikut prosedur prosedur yang telah ditetapkan.  
  • Menguruskan perlaksanaan program yang melibatkan pelajar antarabangsa.
  • Menyimpan laporan maklumat pelaksanaan dan pencapaian KP setiap tahun.
  • Menyediakan koleksi gambar KP untuk dipaparkan di laman web PMTG.
  • Merancang dan membuat permohonan bajet tahunan bagi aktiviti-aktiviti KP.

OBJEKTIF

  1. Mewujudkan kerjasama antarabangsa 
  2. Mewujudian persekitaran pembelajaran tanpa sempadan 
  3. Mendapatkan Pengiktirafan Antarabangsa 
  4. Meningkatkan jaringan dan kerjasama antara PMTG dan institusi antarabangsa 
  5. Mewujudkan peluang perkongsian ilmu bagi pelajar dan pensyarah PMTG yang membolehkan mereka menimba ilmu serta kemahiran      dari luar negara.

VISI

Meningkatkan penglibatan pensyarah dan pelajar Politeknik METrO Tasek Gelugor dalam aktiviti pengantarabangsaan dalam usaha memenuhi keunggulan global

MISI

Mewujudkan peluang kerjasama antarabangsa di antara PMTG dan Institusi luar negara.

Unit Pengantarabangsaan  (UP)

Ubah Saiz Text
Contrast