
Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP)
FUNGSI
Unit Hal Ehwal Pelajar (UHEP) memainkan peranan penting dalam pengurusan hal ehwal pelajar di Politeknik METrO Tasek Gelugor. UHEP berfungsi dalam menguruskan pengambilan dan pendaftaran pelajar, simpanan data dan rekod pelajar, kebajikan dan disiplin pelajar. Di samping itu, UHEP membantu pelajar menguruskan permohonan pinjaman dan biasiswa pendidikan.
PENGURUSAN PENGAMBILAN DAN DATA PELAJAR
- Mengurus dan merancang pengurusan Pengambilan dan Pendaftaran Pelajar Baru
- Mengurus dan merancang urusan Lapor Diri Pelajar Senior
- Mengurus Urusan Pelajar seperti Pertukaran Politeknik, Pertukaran Kursus, Pertukaran Jenis Program, Penangguhan Pengajian dan urusan Berhenti Pengajian
- Mengurus Statistik penerimaan Tawaran, Pendaftaran Pelajar Baru, dan Statistik Kemasukan
- Enrolmen dan Lulusan (IEO)
- Mengurus Kad Pelajar
- Mengurus Fail Peribadi Pelajar
PENGURUSAN KEBAJIKAN DAN DISIPLIN PELAJAR
- Mengurus Perlindungan Insuran Pelajar, kewangan, biasiswa, penginapan dan lain-lain kebajikan pelajar
- Mengurus aktiviti MPP (Majlis Perwakilan Pelajar)
- Mengurus aktiviti minggu suaikenal (MSK)
- Mengurus dan merancang pengurusan disiplin pelajar, pengendalian kes tatatertib, Kes disiplin pelajar dan perbicaraan rayuan.
- Menguruskan pendaftaran kenderaan pelajar yang meliputi pendaftaran, prosedur pendaftaran kenderaan dan tindakan tatatertib kesalahan lalulintas.
- Mengambil tindakan terhadap aduan salahlaku disiplin pelajar dan mengklasifikasikan kes berkaitan.