Aktiviti JRKV, PMTG
24 JULAI 2024 (RABU)
LAWATAN PENANDA ARAS KE PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN INDUSTRI KREATIF & SENI PERSEMBAHAN (SCIMPA), UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ini diadakan bagi mendedahkan pensyarah bidang Digital Teknologi Kreatif kepada pengurusan di Universiti Utara Malaysia untuk diaplikasikan ke dalam pengurusan dan pentadbiran di Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG). Selain itu, melalui program penanda aras ini, dapat menjalinkan hubungan yang akrab antara politeknik dengan Universiti Utara Malaysia (UUM).
Lawatan penanda aras ini bertujuan untuk meninjau dan membandingbezakan cara pengurusan pentadbiran institusi tempatan yang lain. Disamping itu memberi pendedahan lebih mendalam berkaitan pengurusan gerak kerja kepada pensyarah Politeknik METrO Tasek Gelugor khususnya kepada Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual (JRKV) sebagai langkah pemantapan dalam menghasilkan pelajar yang berkualiti.
6 JUN 2024
CINEMIND 2024
Program CINEMIND 2024 ini dirancang bagi menilai dan mempamerkan projek akhir pelajar atau VISCOM Show dengan nilai tambah perkongsian sesi Talk Show bersama industri dan alumni berjaya.
Perlaksanaan penilaian projek pelajar ini adalah berdasarkan kepada agihan kumpulan yang dibuat melalui projek Dokumentari, Short Film dan Video Media Project. Projek pelajar ini dilaksanakan sepanjang 14 minggu bagi pelajar semester 2 dan 3 di institusi dan 20 minggu bagi pelajar semester 5 di Work Based Learning (WBL). Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi projek akhir ini dipantau oleh pensyarah kursus dan juga penyelia bersama industri bagi menjamin hasil kerja yang baik dan kreatif serta mencapai mutu perfileman yang diperlukan oleh industri.
Program Industri Talk ini adalah sesi perkongsian pengalaman dari pakar industri perfileman dan alumni PMTG yang telah berjaya melakar kejayaan dalam produksi video.Tujuan perkongsian ini adalah untuk memberi pengalaman serta pendedahan kepada terhadap isu dan cabaran dalam produksi video kepada pelajar berkaitan dunia produksi sebenar.
2-3 Mei 2024
THE ART OF FILM MAKING : SCREENPLAY AND DIRECTING WORKSHOP
Program ini memberi penekanan kepada teknik dan kemahiran pengarahan serta lakonan meliputi semua aspek termasuk pembinaan watak, teknik konsentrasi dan penghayatan, teknik vokal dan teknik improvisasi, teknik kamera, teknik pentas sehingga kepada teknik pengarahan yang berkesan. Peserta didedahkan dalam suasana ‘sebenar’ lakonan serta mampu memberi komitmen dalam pengarahan. Pendedahan serta perbincangan dari sudut lakonan melalui klip-klip filem dan setiap sesi akan ditayangkan dan diulas sepanjang bengkel.
24 – 26 JULAI 2018
PROGRAM GABMINDA “Passion in The Art”
Program GABMINDA atau Gabungan Minda ini merupakan satu aktiviti anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV) yang merangkumi aspek motivasi mengikut keperluan semasa pelajar Politeknik Malaysia yang terdiri daripada Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG), Politeknik Muadzam Shah (PMS), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS). Program ini memberi penekanan kepada ‘creative thinking’ disamping nilai tambah kepada modal insan yang cemerlang. Tema untuk GABMINDA pada sesi ini adalah ‘Passion in The Art’ yang memberi penekanan kepada seni bukan sekadar hobi, ia adalah semangat yang membakar jiwa manusia di samping kreativiti menjadi elemen penting dalam seni dan rekabentuk.
02 APRIL 2019
VISCOM SHOW ’19
“Rock and Roll”
Viscom Show merupakan acara tahunan yang di anjurkan oleh para pelajar daripada kursus Event Management DVV5013. Program ini melatih pelajar dalam membuat perancangan sesebuah acara dengan dinamik dan kemahiran berkomunikasi di antara pelajar dan juga pihak industri. Di samping itu juga ia membantu pelajar dalam berkongsi ilmu dalam menghasilkan sesebuah karya seni. Viscom Show merupakan acara yang mempertandingkan hasil karya pelajar dalam filem pendek yang dihasilkan di bawah beberapa subjek yang terlibat. Pada 4 April 2019 yang lalu telah berlangsungnya program Viscom Show RNR yang membawa tema Rock and Roll dan ia di ajurkan oleh pelajar Diploma Video dan Filem Semester 3 di bawah seliaan Cik Nur Jannah dan Cik Renukha. Program ini telah di jalankan di Dewan Pavilion Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN), Kepala Batas, Pulau Pinang. Viscom Show RNR ini juga telah mengalu-alukan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi dari Politeknik dan Kolej Komuniti berdekatan untuk memeriahkan lagi suasana di samping berkongsi ilmu dan membuat perancangan yang lebih cekap. Program ini di harap dapat membantu pelajar mendapat pendedahan untuk berkomunikasi dengan pihak luar sebelum mereka melangkah ke industri.