
Corporate Industrial Services & Employability Center Unit (CISEC)
PENGENALAN
Corporate Industrial Services & Employability Centre (CISEC)
@Pusat Perkhidmatan Industri dan Kebolehpasaran Korporat
CISEC ditubuhkan untuk memberi fokus kepada perkhidmatan industri, khususnya dari segi jaringan kerjasama industri dan masyarakat dengan politeknik serta kebolehpasaran graduan. Ia mula beroperasi di Politeknik METrO Tasek Gelugor sejak tahun 2013.
CISEC bertindak sebagai pengantara PMTG dengan pihak industri dan masyarakat untuk pelaksanaan aktiviti kolaborasi serta menyelaras pembangunan kerjaya dan program kebolehpasaran graduan.
FUNGSI CISEC
1. Memastikan politeknik mencapai KSI-1 dan KSI-4, iaitu:
a. KSI-1: 85% kadar graduan boleh diambil bekerja; dan
b. KSI-4: 100% semua program pengajian dilaksanakan dengan kolaborasi industri
2. Memudahcara jaringan dan kolaborasi di antara politeknik dengan industri dan masyarakat.
3. Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan.
4. Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan (GE) politeknik melalui program-program seperti Program CEO Fakulti, IOC, IAC dan sebagainya.
5. Menyediakan khidmat nasihat kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan.
6. Memudahcara program pembelajaran bagi Kursus Secara Sambilan, Program PSH/PISH dan Signature Programme.
7. Menyediakan kajian pengesanan garduan.
8. Melaksanakan aktiviti bersama Alumni.