Smaller Default Larger

Inovasi dan Penyelidikan

PENGENALAN

Unit Inovasi dan Penyelidikan telah ditubuhkan bersesuaian dengan Teras Ketiga dalam Pelan Strategik Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) iaitu melaksanakan polisi dan membangunkan penyelidikan dan inovasi. Aktiviti-aktiviti untuk membudayakan inovasi di kalangan pelajar dan staf, menjalankan kajian, serta membudayakan penyelidikan dan menerbitkan penulisan ilmiah merupakan antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh Unit ini. PMTG berada di dalam zon tengah dalam aktiviti penyelidikan dan inovasi antara politeknik.

.......................................................................................................................................................................................

MATLAMAT

  • untuk merencana, merancang aktiviti dan menggalakkan inovasi dikalangan pelajar dan staf, kajian, penyelidikan serta penerbitan penulisan di berbagai peringkat.
  • untuk membolehkan pensyarah-pensyarah PMTG boleh menghasilkan bahan-bahan ilmiah sesuai dengan tugas sebagai pendidik.

.......................................................................................................................................................................................

OBJEKTIF

Antara objektif Unit ini adalah:

  • Memastikan hala tuju proses penyelidikan di Institusi tercapai;
  • Mengeluarkan penerbitan penulisan ilmiah;
  • Mejalankan kursus-kursus berkaitan penyelidikan;
  • Menggalakkan pembangunan dan perkembangan diri di kalangan staf dan juga pelajar;
  • Menerapkan budaya inovasi dikalangan pelajar;
  • Melahirkan pensyarah/pelajar yang berinovasi dan mempunyai kemahiran mencipta;
  • Menjalankan penyelidikan bagi keadah P&P yang lebih berinovasi;dan
  • Menerapkan dan membudayakan ciri-ciri penyelidikan serta inovasi dan menanamkan nilai-nilai positif dalam diri pensyarah serta pelajar secara berterusan.

.......................................................................................................................................................................................