Smaller Default Larger

C.I.S.E.C

PENGENALAN

Dalam Rancangan Malaysia Ke – 9, satu penubuhan yang dipanggil CISC khusus untuk menjadi pusat perkhidmatan industri bagi politeknik dengan struktur  bangunan politeknik baru telah diluluskan. Tugas CISC ketika itu adalah lebih memfokus kepada perkhidmatan kepada industri terutama dari sudut jaringan dan kolaborasi.

Pada tahun 2010, CISEC telah ditubuhkan di Politeknik sebagai penambahbaikan kepada CISC dengan fungsi asal kepada empat teras utama iaitu Kajian Pengesanan Graduan dan Alumni, Khidmat Penasihatan Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan, Perancangan dan Persediaan ke Alam Pekerjaan, serta Perhubungan Industri dan Penempatan.

Program Kebolehpasaran mula diperkenalkan pada tahun 2008 dengan pembayaran elaun kepada pelajar yang mengikuti latihan industri (LI). Tahun 2009 memperlihatkan perkembangan program ini di mana Program Finishing School diperkenalkan ketika itu. Pada pertengahan tahun 2010, Program Kebolehpasaran diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk graduan Politeknik Malaysia. CISEC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program-program kebolehpasaran graduan di Politeknik masing-masing.

Peranan CISEC telah diperluaskan selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara dan Pelan Transformasi Politeknik. Key of Indicators (KPI) di dalam Pelan Tranformasi Politeknik yang mensasarkan Politeknik Malaysia diiktiraf sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknik dan vokasional pada peringkat serantau, 85 peratus graduat politeknik bekerja (termasuk melanjutkan pelajaran) dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian dan 50 peratus lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak, memilih politeknik sebagai pilihan pertama jelas memperlihatkan kepentingan peranan CISEC di Politeknik.

.......................................................................................................................................................................................

FUNGSI DAN PERANAN C.I.S.E.C

  • Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Politeknik dengan Industri;
  • Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan kolaborasi dan penempatan kerja graduan;
  • Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan politeknik;
  • Meningkatkan kadar bekerja graduan politeknik; dan 
  • Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam pekerjaan.

.......................................................................................................................................................................................

STRUKTUR ORGANISASI C.I.S.E.C

 

.......................................................................................................................................................................................