Smaller Default Larger

Kualiti

PENGENALAN

  • Unit Kualiti Politeknik METrO Tasek Gelugor disediakan untuk memenuhi matlamat dan hala tuju penubuhan politeknik ini selaras dengan Pelan Tindakan Transformasi Politeknik Malaysia;
  • Unit ini juga adalah sebagai penyelaras dan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti yang menuju ke arah pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan efektif serta memberi impak kepada pelajar; dan
  • Semua dokumen prosedur kualiti yang dibangunkan adalah selaras dengan keperluan Malaysian Qualification Agency (MQA).

.......................................................................................................................................................................................

DASAR

~PMTG mensasarkan untuk membangunkan potensi pelajar di tahap separa profesional ke arah kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan dan perdagangan sejajar dengan perubahan teknologi dan kehendak pelanggan dan masyarakat dengan komitmen semua warga PMTG yang berterusan~

.......................................................................................................................................................................................

OBJEKTIF

  1. Menerangkan maklumat asas Organisasi mengenai Politeknik METrO Tasek Gelugor;
  2. Menerangkan sistem pengurusan kualiti dalam pemberian perkhidmatan (P&P) dalam bidang Perkhidmatan dan Perdagangan; dan
  3. Menggariskan dasar dan prinsip asas bagi setiap aktiviti-aktiviti dalam pemberian perkhidmatan P&P dalam bidang Perkhidmatan dan Perdagangan.

 .......................................................................................................................................................................................