Smaller Default Larger

Apa itu Politeknik METrO?

PENGENALAN POLITEKNIK METrO

Politeknik METrO* merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah ( local and regional sosio-economic needs) dalam bidang tertentu terutamanya bagi keperluan sektor perkhidmatan (service industries) yang semakin meningkat, sama ada pada peringkat industri kecil dan sederhana (IKS) mahupun syarikat multi-nasional.

Penubuhan Politeknik METrO adalah seiring dengan agenda transformasi negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan upskill dan re-skilling. Pembelajaran di Politeknik METrO akan mengutamakan kaedah Blended Learning (Pembelajaran Teradun) dan menjurus ke arah Open Distance Learning (ODL) dalam kerangka e-pembelajaran.

 

******
- M E T r O - 

Maximising Education & Training Opportunities

******

 .....................................................................................................................................................................................

CIRI-CIRI POLITEKNIK METrO

1. KONSEP

  • merupakan sebuah institusi pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan sosio ekonomi tempatan dan wilayah dalam bidang industri yang berorientasikan perkhidmatan;
  • berkonsepkan boutique (differentiation that brings specialization in the creation of new courses and programmes); dan
  • responsif kepada keperluan industri dan program boleh berubah mengikut keperluan semasa.

 

2. CIRI-CIRI POLITEKNIK

  • kemasukkan fleksibel yang diurus secara autonomi tanpa melalui pengambilan pelajar secara berpusat.

 

3. CIRI-CIRI PROGRAM

  • mempunyai nilai pasaran tinggi;
  • cenderung kepada bidang pekerjaan yang menggunakan hemisfera otak kanan (right brain);
  • mematuhi kompetensi professional / industri melalui pensijilan / pengijazahan;
  • mendapat akreditasi MQA; dan
  • penyampaian program yang fleksibel mengikut kemampuan pelajar.